L293D ialah litar bersepadu pemacu (driver) motor yang boleh memacu dua motor DC atau satu motor stepper dalam kedua-dua arah. Setiap saluran dilengkapi diod perlindungan terbina dalam. Komponen ini menyokong voltan bekalan motor antara 4.5 V hingga 36 V dan arus berterusan 600 mA bagi setiap saluran. Kapasiti arusnya lebih rendah berbanding L298N, menjadikannya pilihan untuk projek yang menggunakan motor kecil dan ringan. Komponen ini boleh dipasang terus pada breadboard, memudahkan pembinaan prototaip.

